Tips Menghilangkan Sunburn Di Muka

As salam..

Siapa yang pernah kena sunburn ? mostly balik je dari bercuti di tepi pantai mesti kulit jadi merah-merah pastu semakin menggelap kan? Apa sebenarnya yang di panggil sunburn atau selaran matahari ni? Tahukah ada, Sunburn ada 3 tahap tau, yang ringan, sederhana dan teruk. Yang ringan-ringan ni macam kira selalu kena ,merah-merah pastu pedih-pedih dan hasil terkupas. Yang sederhana ni kulit dan jadi merah menyala dan siap ada gelembung-gelembung lagi. Ini pegang memang sangat-sangat sakit la. Tahap teruk ni kira seluruh badan merah-merah pastu di sertai dengan demam dan lain-lain simptom. nak jelas jom tengok tanda-tanda yang di berikan oleh KKM ni lepas tu baru kita tengok tips yang bantu menghilangkan sunburn pada kulit ni

 

 

 

APA TANDA-TANDA TERKENA SUNBURN?

Menurut Kementerian Kesihatan, berikut adalah antara kesan dan akibat terdedah pada cahaya matahari:

1. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:

  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari

2. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:

  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
  • Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

 

CARA-CARA MENGHILANGKAN SUNBURN (Sumber : SirapLimau.com)

Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:

1. Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.

2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.

3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.

5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.

8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.

 

Hah yang itu tips untuk menghilangkan sunburn secara tradisional . Kalau nak lagi cepat berhasil boleh amalkan sekali dengan produk-produk Shaklee seperti kawan-kawan kat bawah ni amalkan.  ESP, VItamin C dan Collagen Powder memang terbaik untuk masalah kulit sunburn ni.

 

 

 

 

Dan hubungi saya selepas anda menerima suplemen anda untuk panduan cara pengambilan dan consultation selanjutnya. Anda juga boleh menghubungi saya untuk COD di kawasan TUARAN/TAMPARULI/TELIPOK atau pembelian secara online banking.

 

9 Comments

  1. oh please.. benda ni paling bkin benci.. hahaha! sakit hati bila muka berbelang2 mcm zebra!

  2. Tq tips yg sangat bagus ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge