Tips Cara Pack Baju Balik Raya Naik Kapal Terbang

Alhamdulillah… insyallah tghari ni kami akan naik flight untuk balik ke Mempaga untuk beraya. Kali ni kami turun di KL dulu bukan direct ke Kuantan sebab ada agenda lain. Bila main singgah-singgah ni, leceh sikit kalau bawak barang banyak2 sebab kami akan bergerak guna teksi/Uber/GrabCar. Kena pula kali ni kami balik lama sikit, mengampiri 2 minggu kami balik ke semenanjung.

Bila balik lama-lama ni , mula la rasa macam mau bawa satu almari balik kampung. Dulu boleh la time tinggal Kulim sebab naik kereta sumbat ja selagi muat hehehe. So kali ni saya share macam mana cara pack baju kami 4 beranak untuk 2 minggu dalam 1 beg besar dan 1 beg saiz kabin.

 

  1. Buat list hari dan aktiviti yang di jangka akan di buat sepanjang bercuti. Buat list dalam kepala pun di kira tp dr pengalaman sendiri pandai kurang tu kiraan hehehe.
  2. Berdasarkan list no 1, rancang baju yang akan di pakai setiap hari lengkap atas ke bawah lengkap kasut dan stokin sekali.
  3. Jika anda ada akses ke mesin basuh (skrg banyak kedai dobi kering terus senang kerja sikit) , pastikan baju seperti baju tidur boleh di guna sekurang2 dua kali. Jangan bawak sepasang pulak kalau untuk 2 mggu, letih la cari dobi hari2. Begitu juga baju dalam list ke 2, boleh repeat dan boleh mix n match terutama tudung bg yg wanita.
  4. Baju anak2 biasa saya akan plan 2 baju 1 seluar untuk sehari (bkn untuk tidur) just in case kena kotor time makan/jalan. Tapi itupun masih tertakhluk dengan syarat no 3.
  5. Kalau balik kampung, pastikan anda ada baju extra yang memang tinggal di kampung untuk mengurangkan jumlah baju basahan/harian utk di pakai di rumah.

Hah , itulah kot rasanya cara saya buat. Tak termasuk list yang tulis guna pen marker di cermin meja solek untuk barang2 kecil yang selalu menjadi barang terakhir di packing seperti stokin, selipar,ubat2 dan suplemen, kerongsang dan butang baju melayu untuk musim raya ni .

So semoga anda dapat packing dengan lebih ber”jimat” ruang untuk raya kali ni ya. Semoga perjalanan balik ke kampung kita berjalan lancar dan di lindungiNya dari sebarang bencana.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge