Punca Perut Kembung Dan Berangin

Perut kembung dan berangin ni tidak dapat di nafikan menjadi masalah ramai orang termasuk la saya sendiri. Biasanya bila sebut perut kembung dan perut berangin ni kita mesti kaitkan dengan lambat makan atau pun makan makanan yang “sejuk” atau pun “berangin” macam pulut ke buah nangka ke.

Sebenarnya ada beberapa sebab lain yg menyebabkan perut kembung dan berangin ni. Kredit kepada Sirap Limau

1. MAKAN DENGAN LAJU

Apabila anda makan dengan laju, makanan tidak dihadamkan dengan sempurna dan cebisan yang tidak lumat berkumpul dalam perut. Itu yang menyebabkan perut terasa kembung.

Sebaiknya makan dengan perlahan agar makanan yang masuk lumat sepenuhnya.

2. TIDAK FOKUS PADA MAKANAN

Apabila makan sambil melayari internet di telefon, tonton tv mahupun komputer, tanpa sedar anda akan mengambil makanan lebih daripada yang sepatutnya.

Sebaiknya beri tumpuan pada makanan yang anda makan, jadi anda tidak akan makan berlebihan.

3. MINUM GUNA PENYEDUT MINUMAN

Semasa anda menyedut air menggunakan penyedut minuman atau straw, anda sebenarnya menyedut udara bersama menyebabkan perut mudah kembung.

Sebaiknya minum terus daripada gelas.

4. BANYAK MAKAN MAKANAN YANG DIPROSES

Kebanyakan makanan diproses atau makanan rapu mengandungi garam (sodium). Apabila terlalu banyak sodium masuk dalam badan, ia menyebabkan perut mudah menjadi kembung.

Sebaiknya banyakkan makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN, TERMASUKLAH ‘ARTIFICIAL SUGAR’

Ramai yang memilih artificial sugar sebagai pengganti gula untuk mengurangkan kalori dalam diet seharian. Artificial sugar biasanya mengandungi aspartame dan sucralose yang sukar dihadamkan oleh perut menyebabkan perut menjadi kembung.

Sebaiknya guna madu sebagai pengganti gula.

6. MINUM AIR BERGAS

Tahukah anda buih-buih gas dalam minuman ringan juga menyebabkan perut anda mudah kembung.

Sebaiknya, elak minum minuman bergas. Tetapi jika anda penggemar minuman ini, pastikan letak ais dalam minuman dan tunggu sehingga buih-buih gas hilang sebelum minum.

7. MAKAN BERAT SEBELUM TIDUR

Apabila tidur dengan perut penuh, makanan dalam perut biasanya mengambil masa yang lama untuk dihadam dengan sempurna menyebabkan perut menjadi kembung.

Sebaiknya, makan malam sebelum tiga atau empat jam masuk waktu tidur. Jika perlu makan kerana terlalu lapar, ambil makanan ringan seperti buah-buahan.

Memandangkan saya mmg selalu alami masalah perut kembung dan berangin ni, saya terpaksa cari penyelesaian yg mudah dan cepat supaya tidak mengganggu aktiviti harian saya.

Setelah lama mencari akhirnya saya bertemu dengan BFF baru saya si Peppermint Ginger Plus dari Shaklee. Kandungan peppermint + halia mmg sangat2 berkesan untuk bantu keluarkan angin yg mengganggu. Biasanya kurang setengah jam lepas ambil pepermint ginger ni perut akan legaaaa.

Tak yakin? Tgk apa kata orang2 yg suda mencuba ni.

Nak tau lebih lanjut tentang peppermint ginger plus ni atau tak sabar2 utk beli? Boleh klik sini –》》 Peppermint Ginger.

 

 

7 Comments

  1. Info yg sangat bermanfaat☺.tq

  2. Perut msk angin… blh sakit kepala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge