Iftar at The Everly Putrajaya Ramadhan Buffet

Alhamdulillah, tahun ni misi berjaya utk menyertai kawan-kawan zaman KUiTTHO setelah sekian lama menatap gambar.

Kali ni pilihan tempat ada di The Everly Putrajaya. So kami pun memilih untuk stay sana sbb smpi dr KK pun jam 4 ptg suda.

Macam biasa Grab pilihan kami utk gerak dr KLIA. Rupanya Everly Hotel Putrajaya ni letaknya sebelah Alamanda ja. Siap ada walkway lagi dr hotel ke Alamanda. Kami book guna apps Agoda so dapat la harga RM164 utk 1 malam. Sangat2 berbaloi sbb kalau x melalui apps RM186. Ambil katil twin, puas hati juga sbb katil twin saiz super single. Utk kami 4 beranak mmg selesa la.

 

Untuk ramadhan buffet kalau tak silap RM98 utk dewasa dan RM35 utk kanak-kanak. Makanan dia memang sangat2 meriah pilihan cumanya sangat2 ramai org so agak bersesak utk ambil makanan. Menu yg sempat di capai nasi tomato daging, satay,roti john, chicken wing, chicken tandoori, otak-otak,mee sup, kambing bakar, keropok lekor dan menu desert kek2 pelbagai pilihan. Yg sempat di jeling salad bar, mee kari , mee laksa, kebab, sayur2 goreng tepung, ayam masak cendawan, rendang daging , lamb masak x tau hehe.

Apapun seronok dapat kumpul dengan kawan2 walaupun kali ni kurang ramai tp 4 meja jugak meriahnya. Semoga berkekalan la persahabatan sampai ke hari tua hehehe. Syukurla jodoh dengan org satu Uni satu course, kumpul2 gini senang masuk sbb kami kongsi kawan yg sama hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge