Despicable Me 3 , Mommy and Kids Day Out

Beautiful Sunday morning at The Everly Putrajaya. Plan hari ni, husband pg balik Mempaga ambil MIL dan kereta. Kami 3 beranak kena tggu di rumah SIL at Kemensah sebab nak berbuka di sana

Jam 8.30 husband dah kelam kabut bersiap. Rasa rugi pula tgglkan bilik hotel yg selesa ni awal2 hahaha. Lagipun belum selesai kemaskan semula beg yg di bongkar.

Memandangkan Alamanda cuma 2 mnt perjalanan dan akan jumpa GSC dulu di luar bangunan tu, so cek2 tiket jam 11 ada Despicable Me 3 . Si Jasmine mmg sebut2 da mau tgk minions ni. Jadi kami buat keputusan stay dulu tgk minions lepas tu baru ambil grab utk ke kemensah.

 

Sampai di GSC Alamanda, terus beli tiket jam 11. Ruang tgh GSC ni luas tau so sementara menunggu jam 11, Jose dan Jasmine buat macam rumah sendiri siap main kejar2 lagi. Sempat juga la Umi ambil gmbr sebelum diorg berlari tanpa kawalan tu.

Jam 11, masuk tgk Despicable Me 3 dan untuk pertama kalinya Jasmine duduk dengan aman tengok movie dari awal sampai abis. Bukan senang nak bawak anak tengok movie sbb bukan semua akan behave. Jasmine ni sebelum2 plg lama dia duk diam setengah jam lepas tu mmg dia da nak merayau. Maybe timinh kali ni da sesuai kot dia da faham. And maybe di bantu juga dengan popcorn , fish finger n fries tu hehe.

Lepas je abis movie, terus balik ke Hotel da panggil GrabCar. Ini 1st time naik GrabCar sorang2 with the kids. Ada debaran jugak dapat driver macam mana. Alhamdulillah dapat driver yang baik dan sangat peramah. All the way tu kami sembang dan tukar2 cerita. Al maklumlah ai pun suka menyembang kan.

Apapun pengalaman kali ni best sbb belum pernah jalan bertiga dengan anak2. Next time boleh la repeat bawak diorg tgk movie lagi dan boleh cuba shopping pulak kan.

7 Comments

  1. Budak-budak mesti suka tengok. Lagipun pukul 11 masih ok. Kalau tengahari mesti diorang dah mengantuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge