Manfaat Bermain Playdoh Untuk Kanak-kanak

manfaat-main-playdoh

As salam,

Baru semalam kami keluar untuk belikan set play-doh baru untuk Jasmine. Cadangan asal memang mau buat sendiri tapi ada sedikit penyakit M di situ hehe jadi kita beli kan set baru yang ada botol kecil ja dalam tu sementara tunggu datang rajin. Pada asalnya saya agak malas belikan play-doh untuk anak-anak sebab permainan ni agak messy, kotor dan melekat2 gtu. Tapi bila saya perhatikan,selain bermain tab atau pun hp ,Jasmine boleh main playdoh sepanjang hari tanpa rasa bosan, saya menjadi lebih teruja untuk bagi dia main .  Ketagihan tab perlu di elakkan dan ini adalah jalan yang baik.

manfaat-main-playdoh

Manfaat bermain playdoh

Sebenarnya, bermain playdoh bukan semata-mata untuk mengisi masa lapang anak tapi juga mempunyai kelebihan dalam tumbersaran anak-anak kita. Di antara manfaatnya adalah :

· Membantu mengukuhkan jari, tangan dan pergelangan

· Meningkatkan kemampuan motor kanak-kanak 

· Meningkatkan kreativiti dan imaginasi

· Membantu kanak-kanak membentuk keyakinan diri, tidak ada istilah betul atau salah dalam mencipta pelbagai bentuk 

Pemilihan Playdoh Yang Baik

Kami memilih untuk menggunakan jenama play-doh atas keyakinan terhadap produk tidak bertoksik walaupun mempunyai pewarna. Selain itu kami juga memilih untuk membuat playdoh mudah di dapur rumah sendiri yang terdiri dari bahan-bahan food grade di jamin selamat insyallah untuk anak-anak. Saya menggunakan resepi seperti yang di kongsi oleh sahabat saya di http://www.sweetbonda.my/resepi-homemade-playdoh-yang-murah-mudah-dan-selamat/ .

Memang terdapat playdoh yang dijual dengan harga yang lebih murah di pasaran terutama di kedai-kedai mainan biasa yang di import dari negara luar. Walaubagaimana pun adalah tidak dapat di pastikan sama ada produk tersebut bebas toksik atau tidak. Oleh itu berhati-hati memilih jenama  yang ibu gunakan atau lagi senang cuba buat  sendiri di rumah.

 

Semoga bermanfaat ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge