Tips Kecilkan Perut Selepas Bersalin Pembedahan

 

As salam..

Ini topik yang biasa di bincangkan dalam group mak-mak , tips nak kecilkan perut lepas bersalin pembedahan atau czer. Kebanyakan orang menyatakan, mak-mak bersalin czer ni memang akan buncit sebab tak dapat di bengkung semasa berpantang. Tapi ada je mak bersalin pembedahan ni perut flat baik je kan. Hari ni saya share nota saya yang saya kumpul untuk bersalin anak kedua hari tu ,sebab lepas bersalin anak pertama czer saya mmg tak jaga sangat,boleh tahan gak la buncss tu.

 

1.Pakai bengkung tradisional sama seperti ibu bersalin biasa cumanya bila guna bengkung pastikan bahagian luka tidak terganggu. Sebaiknya, tunggu lebih kurang seminggu bila luka dah kering baru start bengkung. Dan jangan ikat terlalu kuat pada permulaan, ikut badan masing-masing. Sebenarnya bila kita pakai bengkung dengan betul, lebih mudah pergerakan kita sebab kurang bergerak bahagian perut so kurang la sakitnya.

bengkung-lilit-3

2. Berpantang makan seperti biasa sama ibu bersalin normal. Tiada beza makanan dan minuman pagi ibu berpantang bersalin pembedahan dengan bersalin normal ni. Paling utama jaga makan dan minuman. Jangan sekali-kali minum minuman berais kalau boleh bertahan sampai 100 hari port partum.

 

3. Amalan bertungku/bersauna/ berurut juga boleh di buat oleh ibu bersalin pembedahan dengan mengelakkan urutan di bahagian luka pembedahan. Saya bersauna di rumah dengan herba kampung yang mak saya sediakan sebaik sahaja balik di rumah (hari ke 3-7). Urutan pulak selepas seminggu dah boleh TAPI maklumkan dengan tukang urut anda bersalin pembedahan.

urut-selepas-bersalin-44583_image

 

4. Amalan tradisional seperti minum air kunyit-pegaga, pengambilan Jamu/ Set Berpantang ,sapuan tepel di perut dengan elakkan tempat jahitan juga dapat membantu mengencangkan semula otot-otot perut selepas mengandung 9 bulan. Saya dulu ambil Set Pantang Shaklee dan juga Set Pantang Sari Ayu utk krim2 sapu seperti param.tepel dan pilis.

pantang

sari-ayu

 

5. Penyusuan susu ibu juga di percayai dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim dan sekaligus mengurangkan risiko buncit. Untuk anak pertama saya cuma BF 2 bulan itu pun tak full, memang perut agak buncit sikit. Untuk anak kedua memang BF dan perut memang cepat turun semasa dalam pantang. Sejak berkahwin, berat terendah saya adalah pada masa 4-6 bulan bersalin anak kedua tu.

bf baby

 

Ini di antara beberapa tips yang dapat saya kongsikan dari nota saya 4 tahun yang lepas hehe. Kalau ada yang ibu nak tambah boleh tinggalkan di komen ya!!

 

Semoga bermanfaat !!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge