Tips Bercinta Dengan Suami

Assalam dan salam sayang semua…

Baru-baru ni dalam salah satu group bini-bini orang, ada sorang isteri dan ibu meluahkan perasaan kepada kawan-kawan dalam group yang dia rindukan suaminya. Hah biasalah kan kalau suami jauh ke outstation ke mestilah kita rindu. TAPI puan ni masalah dia adalah dia rindu dengan suami dia yang tiap2 hari dia jumpa, tinggal serumah, makan semeja dan tidur sekatil. Macam mana boleh jadi rindu pulak?? Dua-dua bekerja, balik kerja masing-masing buat kerja sendiri dapat duduk bersama sekejap depan tv, nda lama si suami suda mula pegang HP dan melayan HP pulak, maka sedihla si bini ni. Siapa ada masalah begini? Ini adalah masalah biasa si zaman sekarang, kita bermadu dengan smartfon , dengan TV, dengan komputer,dengan kereta dll lagi la.  So sebagai isteri apa yang patut kita lakukan ? Tunggu dan lihat suami sedar sendiri? atau bagaimana ? hah jom cuba tips ni, kalau tak biasa maybe suami akan cakap buang tebiat tapi tak kisahlah kan, bukan bercinta dengan orang lain tapi bercinta dengan suami sendiri je pun.

suami-isteri

 

Tips Bercinta Dengan Suami

1 . Guna gajet sebagai medium bercinta – seorang sahabat saya, suaminya keluar seawal jam 6 pg, dia belum pun mandi bersiap untuk pergi kerja sebab menguruskan anak-anak. Maka ,bila suda sampai tempat kerja masing-masing, dia dan suami akan selfie dan hantar kepada suami/isteri nak tunjuk OOTD gtu.. Eh bukan pasangan baru kawin ye, tapi anak nak masuk 4 da. Kalau zaman bercinta boleh sms  I LOVE YOU I MISS YOU walaupun baru je lepas dating, time dah kawin pun boleh.Sticker, emoticon banyak ada, guna WHATSAPP ,TELEGRAM,MESSENGER curi-curi masa hubungi pasangan.

2 . Setkan masa DATE NIGHT bersama suami. Boleh keluar tengok wayang , makan-makan atau shopping tanpa anak-anak. Buat seolah-olah kita sedang bercinta. Takde orang nak jaga anak? Apa kata set masa untuk lunch bersama semasa kerja, atau pilih satu malam, pilih satu movie, tidur kan anak-anak awal dari biasa, masak sedap-sedap, mandi wangi-wangi dan duduk menonton movie bersama suami, gajet letak tepi.

3 . Bermanja dengan suami di mana sahaja. Suami kita, nak pegang nak peluk semua boleh lebih-lebih lagi di dalam rumah sendiri. lagi mudah kalau kita cuma tinggal dengan anak-anak takde pembantu rumah atau ahli keluarga lain. Apa salahnya sambil tengok tv dengan anak-anak kita baring di pangkuan pasangan, apa salahnya tengah suami layan gajet kita datang bagi ciuman. Malu dengan anak-anak? tak payah , anak-anak pun suka tengok mak ayah saling sayang menyayangi.

4 . Mulakan langkah pertama – ramai wanita segan untuk mulakan langkah pertama walaupun dengan suami sendiri, akhirnya makan hati sebab suami tak layan. Jangan tunggu, kalau rasa nak peluk, peluk je bila berjumpa, rasa nak gigit, silakan jangan segan-segan. Kalau inginkan sesuatu, tak payah bagi hint cakap je terus senang untung-untung dapat time tu jugak. Tiada istilah perigi cari timba dah sebab timba tu memang kita yang punya pun so gunakan la sebaiknya.

5 . Jaga penampilan diri – ini ramai yang lupa. Di luar bukan main bermekap, bertudung lilit-lilit berbau wangi. balik rumah, tudung lilit hilang , bau pun tinggal sipi2. Bukan perlu bermekap di rumah tapi sekurang-kurang, bagi yang bertudung, dandan la rambut,mandi berwangi-wangi, perfume tu tak kemana pun sembur-sembut la. Baju pun pilih uniform lain, bukan siang malam berbaju kelawar , beli baju yg teringin nak pakai di luar ,pakai depan suami, tak salah kan?

 

Macam mana ? boleh tak nak bercinta dengan suami? Jangan tunggu ya , mulakan langkah pertama sekarang..

 

2016-09-25-14-53-58

Ejal & Dayah

4408 – 4416  8 years and counting.

Falling in LOVE all over again with my husband.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge