Sindrom Semak Keputusan Peperiksan Sekolah Rendah Anak

semak keputusan peperiksaan anak

As salam semuaa..

Kebanyakan sekolah sudah pun habis peperiksaan akhir tahun kan. Maka selesai suda debaran ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi untuk menjawab peperiksaan. Walaupun anak baru darjah 1 , rasa macam hantar anak ambil UPSR hehehe. Saya dan suami kurang memaksa anak untuk belajar lebih-lebih sebab baru darjah 1, yang penting dia boleh membaca mengira dan menulis dengan baik. Tuisyen pun belum lagi, kalau perlu kami yang ajar sendiri di rumah,yelah kata pensyarah takan anak sendiri tamau ajar hehe.

Bila habis peperiksaan, akan datang sindrom lain pulak iaitu sindrom semak keputusan peperiksaan sekolah  anak di SAPS ibu bapa setiap hari 4 ke 5 kali hehe. Ada ka yang mempunyai sindrom yang sama seperti saya? Walaupun saya tau cikgu perlu masa untuk tanda kertas peperiksaan anak dan meng key in lagi ke dalam sistem, saya tetap gatal tangan untuk taip website SAPS ibubapa dan semak keputusan peperiksaan sekolah si Jose. Paling kurang saya cek 4 kali sehari tau hahaha.

Semasa ujian 1 dulu, saya nda tau pun boleh result secara online, maklumkan anak sulung baru masuk darjah 1. Syukurla ada kawan yang update status di FB bolehsemak keputusan peperiksaan sekolah anak online, huh memang cepat ja tangan meng”Google” kan . Akhirnya dapat juga link untuk semak tu –>>  https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/menu.php .

 

Paparan Utama Web SAPS

semak keputusan peperiksaan anak
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Senang ja guna website SAPS ibubapa ni, kita cuma perlu masukkan no mykid anak, pilih sekolah rendah atau sekolah menengah dan tetapkan tahun yang ingin kita semak. Anak saya baru tahun 1 2016 so keputusan yang boleh di semak untuk tahun 2016 ja. Kalau yang da pernah ambil peperiksaan sebelum ni boleh semak keputusan tahun sebelumnya. Rasanya pertengahan tahun hari tu macam tiada kod pengesahan atau kod pengesahan tiada kaler2 gtu. Ni kira safety features yang baru la agaknya.

 

Paparan Untuk Pamerkan Keputusan

semak keputusan

 

Lepas tekan semak tu, dia kan bawak ke page yang atas ni pulak. Ini Jose punya saya print screen,kena tutup nama sekolah dengan no my kid nnt ada org tlg cek pulak result anak bujang ni hehe. Dalam ni kita bleh pilih peperiksaan mana yang mau di semak, pilihan yang ada Ujian 1 ,peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. lepas tu tekan papar slip keputusan, sistem akan jana dalam bentuk PDF file. Markah yang keluar ikut apa yang cikgu dah siap key in, so kena bersabar tengak cikgu mana yang paling pantas menanda kertas dan key in markah tu la keluar dulu hehe. Setakat hari ni, keputusan Jose yang ada BI dan BM ja. Yang markah peperiksaan tu, dia macam report kad la, ada semua peperiksaan dan ujian punya markah dalam tu.

semak-keputusan-peperiksaan-sekolah3

Senangkan sekarang mau tengok keputusan peperiksaan anak, tak payah tunggu sampai hari report kad tu baru tau anak dapat keputusan apa. Atau tunggu anak bawak balik kertas cek satu-satu markah hehe. Apapun saya doakan anak-anak kita semua dapat keputusan yang cemerlang ya! Jom semak lagi hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge