Maliau Basin Lost World Of Sabah – Day 1

23hb September 2016 – PKK to Maliau Basin

Bertolak dari PKK jam 6 pg untuk ke Maliau Basin. 4 kereta 17 org peserta 2 pengiring. Dari 17 orang kami ber3 ja wanita yg sanggup mencabar diri.

Maliau Basin Day 1

Dengan geng dalam kereta tidur lena terpaksa la kasi kawan en Boss driving bertemankan cinch tea kami. Dalam perjalanan sarapan roti ja beli di Kimanis sebab plan di Keningau baru makan berat. Sampai ke gate Maliau Basin lebih kurang jam 12.30 tgh.

 

2016-09-23-

Sampai di gate hujan renyai2, rupa2nya satu kereta sudah sampai dan mencuba naik ke Study Centre, malangnya jalan becak kereta sangkut sebab 4wd tidak berfungsi. Mengalami detik2 cemas tu orang dalam kereta masa tu.

4wd tak lepas naik Maliau Basin

Sepanjang perjalanan ke study centre lebih kurang 30km jalan separuh becak dan separuh berbatu. Bermakna separuh perjalanan kami memang guna 4wd dan dapatla perasan join Camel Trophy kereta siap tergelincir2, tayar pusing sendiri menuju ke arah gaung/ longkang/pinggir bukit.

2016-09-23-15-23-26

2016-09-23-15-25-42

14517476_10154497777538788_1670184357355136319_n

14520427_10154497780078788_2309921295561788099_n

Sampai study centre dalam jam 3 gtu, daftar masuk, berkenalan dengan guide dan porter kami serta di beri briefing ringkas dulu berdasarkan model yang ada tu. Jangan terpedaya denga model jalan di dalam lagi sadis memanjat dari model tu. Kira macam ,”bukan model sebenar” hahaha.

 

2016-09-23-16-09-12

2016-09-23-16-10-23

Selesai briefing, masuk bilik masing-masing , perempuan sebilik lelaki sebilik, 1 bilik tu muat 16 orang ,kami tiga orang ja hehe. Lepas berehat jam 7 makan malam di hidangkan, masing-masing makan berselera sebab penat badan dan minda menahan ngeri aksi 4wd petang tadi. Lepas makan kami di bawa untuk menonton video pengenalan Maliau Basin dan seteresnya melawat galeri. Tengah tengok video tu hujan lebat yang amat, so terkandas dengan sejuk penat dan mengantuk nda dapat masuk bilik. Akhirnya di redah juga demi katil yang memanggil.

Jam 9-10 malam rasanya semua da lena bermimpikan perjalanan yang indah yang bakal kami tempuhi besok pagi. Di study centre bekalan elektrik akan di tutup pada jam 12 malam hingga ke 6 ptg keesokan harinya.

 

2016-09-23-19-26-20

14502759_1473249306035249_6517356472849564482_n

Dengan itu tamatnya Day 1. Pengembaraan sebenar bermula pada 24hb september dan bermulanya sesi sayu pilu tangisan sendu sepanjang perjalanan memasuki Maliau Basin Idaman.


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge