Idea Aktiviti Bersama Anak di Hujung Minggu

As salam… tak lama lagi cuti sekolah mau mula sudakan? Bagi kami yang kerja opis ni, masa cuti sekolah atau tidak ,hanya hujung minggu ja la dapat spend time bersama anak-anak. Kadang-kadang kita macam kehabisan ideakan mau bawak anak-anak jalan mana di hujung minggu ni. Kalau balik-balik pegi tempat yang sama pandai bosan juga tu budak-budak kan .

Anyway hari ni saya  share sikit beberapa aktviti yang saya selalu buat dengan anak-anak di hujung minggu. Biasanya kami jalan sehari dan rehat di rumah sehari. Untuk reader yang di semenanjung, maybe boleh ambil idea la ya cari tempat-tempat yang lebih kurang macam ni mesti ada kan berhampiran anda? Bagi yang di KK boleh la try lawat tempat-tempat ni kalau berpeluang.

 

1. Playground Di Taman

Lokasi Kami : Taman Teluk Likas

Anak-anak mana yang tak suka playgroud kan? Jasmine kalau nampak playgroung dia jerit nak main haha. Apa yang seronok playground di sini? Lokasi nya di tepi pantai, ada pokok-pokok dan tak panas sangat. Biasanya kami pegi awal pagi dan bawak breakfast sekali, so kita piknik tepi pantai sambil main playground. Kadang-kadang kalau rajin kami husband and wife akan jogging sementara budak-budak ni main. eh bukan jogging sama-sama ya, ganti-ganti kalau nda sapa yang jaga budak-budak ni playground.

Nak lagi best ? Setiap minggu pergila ke taman yang berlainan untuk tukar-tukar angin. Macam di KK ni boleh pegi ke Perdana Park, di Taman2 berhampiran pun termasuk di Politeknik hehe.

20151010_091703 20151010_091919 20151010_102055

2. Public Swimming Pool

Lokasi : Kompleks Sukan Likas

Swimming Pool ni dekat dengan playground tu, lepas main kita pindah ke swimming poll pulak untuk coolkan badan . Swimming pool ni buka jam 8.30 dan akan tutup jam 11.30. Jam 2.30 baru buka sampai petang pulak. So selalunya kami akan sampai pool jam 10 – 10.30 gtu, dapatla berendam dalam  1 jam lebih sikit. Bayaran masuk murah ja RM3 untuk kanak-kanak, dewasa rm5, kalau dewasa yang x mandi dtg tengok ja ,RM2.

2016-07-24-10-38-032016-07-24-10-37-30

3. Akuarium /  Muzium

Lokasi : UMS Marine Aquarium & Muzium

Hah kat sini kalau mau tengok ikan ala-ala masuk Aquaria KLCC tu tp ini kecik jak la boleh spend masa dalam 1 jam gtu. Banyak juga ikan-ikan dan haiwan marine yg kecil-kecil. Selain tu ada tayangan Video juga dan juga dan beberapa info berkaitan marine sekitar negeri Sabah ni. Tiket masuk RM10 dewasa, kanak-kanak nda ingat pulak tp murah sikit la dari dewasa ni. Tempat ni tutup lunch hour jam 12.30 so datang awal sikit nanti rugi dapat masuk sekejap seja.

 

4.Horse Riding

Lokasi :  Sabandar Leisure Rides

Ini kalau nak bagi anak rasa experience untuk horse riding boleh juga sefamily riding sekali. Dia ada pakej-pakej tertentu ni. Sekarang ni diorg tengah upgrade macam ada chalet dan restoran akan di buka. So agak meriah la kot. Tapinya datang kena awal sikit la,kalau nda nanti panas pulak pusing dalam tu. Jose memang suka naik kuda ni, Jasmine baru-baru mau di kasi biasa.

 

2016-01-10-10-38-49

 

5.Zoo / Taman Haiwan / Taman Botani

Lokasi : Green Connection Likas

Ini saya pernah buat  1 entry khas kami jalan-jalan sana, boleh klik sini ya utk tgk gambar dan lain-lain. Macam lama suda nda pegi ni , mau repeat la cuti sekolah ni. Green Connection ni macam mini zoo gtu, ada binatang marine dan reptile. Dan ada tempat main-main sikit di hujung pintu keluar tu. Di sini boleh la buat ala-ala lawatan sambil belajar, sambil tgk binatang / tumbuhan boleh terangkan dengan anak tentang haiwan dan tumbuhan. Kalau nda tau Google kan ada boleh cari sama-sama dan tengok sama-sama.

 

6.Hiking

Bukit Tirig Hiking

Ini aktiviti terbaru yang tiba-tiba budak ni pun suka. Bukit Tirig ni sesuai untuk family Hiking sebab trail dia agak senang dan pendek. Jose macam teda-teda ni ja naik ni. Jasmine 50-50 kena dukung tapi sebenarnya boleh ja tu hihi. Ada beberapa lagi bukit yang insyallah bakal kami naik. Cuti sekolah ni insyallah kita tawan lagi.

 

2016-07-23-09-07-37

7.Bermain di Tepi Pantai
Lokasi : Sabandar Beach

Sabandar Beach ni berhampiran dengan horse riding tadi ni. Sini memang boleh mandi sebab pantai dia bersih dan sangat cantik. Kadang-kadang ada kuda lalu boleh la gambar2 tegur2 kuda . Di KK ada banyak pantai dan pulau , so takan kekurangan idea la kalau mau tukar-tukar tempat berkelah. Kalau pulau kami suka ke Pulau Sapi berbanding ke Manukan atau Mamutik

 

2016-08-31-09-54-28

 

Itulah beberapa idea setakat ni aktiviti luar dan  riadah bersama anak-anak di hujung minggu. Perbanyakkan masa di luar rumah agar anak-anak kita lebih aktif dan kurang bergantung dengan gajet.  Selain itu, kita dapat luangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak tanpa asyik-asyik belek hp, ibu bapa pun samakan tak lekang hp di tangan. Saya bila keluar dengan anak-anak macam ni kadang-kadang gambar pun lupa nak ambil sebab tak jaga hp sgt.

 

Selamat Meluangkan masa bersama anak-anak ya!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge