Anak Memilih Makan (Picky Eater).. Nak Buat Apa?

As salam semua…

Kali ni kita buka cerita pasal anak picky eater atau lebih tepat anak  memilih makan yang masuk dalam mulut. Hah mesti ramai ibu yang boleh relate dengan masalah ni kan? Anak-anak kita bila jumpa nasi ke sayur ke terus lari jauh-jauh tapi kalau jumpa junk food atau fast food sengih sampai telinga. Ada tak jalan penyelesaian untuk masalah picky eater atau anak memilih makan ni?

 

2015-11-20-16-31-16

Sebelum kita pergi kepada cara nak tackle picky eater atau anak memilih makan kita tengok dulu punca yang mungkin menyebabkan jadi begini . Bila di risik-risik dan di sembang-sembangkan kebanyakan anak memilih makan ini tidak diperkenalkan/di dedahkan dengan pelbagai jenis makanan semasa fasa mula mengenal makanan pada usia 6 bulan ke 12 bulan. Pada fasa pengenalan ini ramai ibu yang mengalah apabila anak seawal usia 7-8 bulan menolak untuk menerima rasa-rasa tertentu makanan dan hanya kekal dengan menu yang sama kerana anak suka.

Selain itu, habit atau kebiasaan di rumah juga mempengaruhi corak pemakanan anak-anak kita. Contohnya, kalau dirumah yang tidak di sediakan junk food maka anak-anak tidak akan makan junk food. Bagaimana ibu menyediakan makanan anak-anak semasa di peringkat toddler juga mempengaruhi corak pemakanan. Kalau anak-anak di biasakan dengan bubur , maka bubur la makanan mereka, kalau di biasakan dengan ayam,makan ayam la kegemaran mereka.

Ok cukup dua ja,banyak lagi faktor lain tapi yang penting kita lihat bagaimana kita dapat mengubah tabiat pemakanan anak-anak kita supaya tidak terlalu memilih makanan.

 

1. Tegur biar dengan nada yang baik

– Anak yang terlalu beremosi dan kuat merajuk tidak boleh ditegur dengan kasar apabila anda mendapati mereka sedang mengasingkan lauk.

– Elak memarahi anak-anak yang tidak memakan sayur sebaliknya pujuk dengan lembut TANPA MENJANJIKAN GANJARAN.

 

 

2. Ubah cara  menyediakan makanan

– .Sediakan hidangan di mana seluruh keluarga menikmati makanan yang sama. Tidak perlu sediakan makanan khas untuk mereka.

– Ubah sedikit resipi anda agar lebih diterima oleh anak anda. Contohnya seperti menghiris halus-halus sayur, membuat jus buah berbanding menghidang hirisan buah di depan mereka dan masak lauk mengikut selera mereka.

 

3. Ajar mereka mencuba menu baru

– Galakkan anak anda merasa apa jua makanan yang anda sediakan biarpun hanya satu gigitan kecil.Biasanya, anak-anak hanya menilai rasa makanan berdasarkan rupa dan warna.

– Dengan mengajar anak merasa makanan walau sesudu kecil atau secubit akan membantu mereka mengetahui rasa makanan yang sebenar.

– Sebagai contoh, mereka mungkin menolak untuk memakan timun tetapi jika diletakkan ke dalam sandwich, ia boleh mendidik mereka minat terhadap sayur seperti timun.

 

4. Jemput anak ikut menyediakan makanan

– Ajak anak-anak membantu anda memasak di dapur.  Tujuannya bukan untuk melatih mereka pandai memasak tetapi mengajar mereka supaya mengenal jenis-jenis makanan yang biasa anda masak untuk keluarga

-dengan melibatkan anak-anak seperti menyuci sayur, atau hanya sekadar pemerhati ,mereka mungkin berminat untuk merasa kerana mereka ingin tahu bagaimana rasa makanan yang mereka lihat dan bantu anda sedia sebentar tadi.

 

5. Kurangkan Gangguan Luar

– Elak memasang televisyen atau membiarkan mereka makan di depan komputer supaya anda boleh memantau tabiat mereka yang suka mengasingkan dan membuang lauk yang tidak digemari.

-Makan semeja sekeluarga pada masa yang sama agar dapat mewujudkan suasana yang gembira dalam menjamu selera dan anak-anak akan tertarik untuk mencuba bila seisi keluarga makan menu yang sama

 

Selamat Mencuba Ibu. Kalau ada yang ingin membuat tambahan boleh la tinggal kan komen ya!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge