Collagen Powder Shaklee : Bukan Sekadar Collagen Sahaja

As salam..
Buka cerita produk sikit, kali ni Collagen Powder Shaklee punya turn saya perkenalkan. Collagen Powder Shaklee ni merupakan Collagen Powder Premium dari sumber asli sisik ikan merah laut dalam dengan kadar penyerapan yang tinggi. Selain itu ada  lagi 6 jenis kandungan tambahan dalam Collagen Powder
*Ekstrak Kerang-kerangan – Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata,  

*Elastin dari kolagen ikan – Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

*Lactobasilus Acidophilus – Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

*Ekstrak Pfaffia – Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

 *Ekstrak biji benih Camellia Japonica – Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

*Vitamin C dan Vitamin B – Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

2. Apa istimewanya collagen powder shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)
 
 
3. Macam mana bentuk collagen shaklee?

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg.

 
4. Jangkamasa penggunaan sekotak collagen shaklee?
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 peket setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan).


5. Macam mana aturan makan collagen shaklee

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 peket collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake.

6. Berapa harga collagen shaklee
Retail price RM298.
Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. Kulit kita kan mahal,tak salah ambil yang terbaik untuk kulit kann..


7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Macam mana rasa collagen shaklee?

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp TIDAK HANYIR dan rasa itu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. Saya suka ambil dengan jus epal pegaga hmmmm sedappp

9. Boleh tak collagen diambil bersama produk lain? 

Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.

 
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 

Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added.

Jadi kalau ada yang berminat boleh hubungi saya untuk membuat pembelian.
20151114_141327
contact

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge