Tips Penjagaan Gigi Semasa Mengandung

Pemeriksaan Gigi Semasa Mengandung 

Biasanya apabila ibu pertama kali membuka buku kehamilan, ibu di galakkan untuk membuat pemeriksaan gigi. Penjagaan kesihatan gigi perlu di jaga sebelum ibu mula merancang untuk hamil untuk mengelakkan risiko semasa mengandung.

Ramai yang tidak peka dengan kesihatan gigi semasa mengandung dengan beranggapan keadaan kesihatan gigi tidak akan menganggu kesihatan bayi dalam kandungan. Penyelidikan menunjukkan  bahawa keadaan negatif dalam mulut ibu boleh menjejas kesihatan pergigian bayi.  Lebih teruk keadaan penyakit di dalam mulut  ibu , lebih banyak kemungkinan kuman-kuman ini boleh dipindahkan kepada bayi melalui sentuhan harian seperti perkongsian makanan dan sentuhan jari bayi  ke dalam mulut ibu.  Oleh sebab itu, ibu hamil digalakkan mendapatkan segala rawatan pergigian sebelum bayi dilahirkan.  Selain itu, ibu dan bayi berkongsi saluran darah.Jadi ,sebarang penyakit di dalam mulut ibu boleh merebak melalui saluran darah ini untuk menjejaskan kesihatan bayi.  Oleh itu, ibu hamil yang mengalami penyakit gusi telah dikaitkan dengan bayi lahir dengan berat badan rendah dan juga risiko kelahiran bayi pramatang. (Sumber : MyHealth )

 5 Tips Penjagaan Gigi Semasa Mengandung

Tips Penjagaan Gigi Semasa Mengandung

hah… ingat tu gigi mesti di jaga juga ye… pemeriksaan dan penjagaan gigi semasa mengandung adalah amat penting untuk ibu dan juga anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge