• Home
  • Breastfeeding
  • Kesihatan
  • Parenting
  • Pregnancy
  • Resepi
  • Tips
  • Shaklee

hidayahkassim.com

Terus Dari Hati ke Hujung Jari

You are here: Home / Cerita Anak-anak / 7 Langkah Mudah Ajar Anak Tidur Awal

7 Langkah Mudah Ajar Anak Tidur Awal

October 14, 2015 · Leave a Comment

As salam…

Tugas saya setiap malam adalah untuk bawak anak masuk tidur. Dan kebiasaannya anak-anak saya akan tidur pada lingkungan jam 8.30 malam ke 9.o0 malam. Eh saya duk sabah ye so jam 8.30pm ni da agak lewat sebab pagi nya awal. Anak-anak saya jarang tidur melebihi jam 10 malam kalau kami berada di rumah tanpa sebarang aktiviti keluarga macam hari raya ke kenduri kendara ke. Dari seawal anak-anak saya masih bayi saya akan ajar anak saya tidur awal pada waktu yang saya tentukan. Bukan apa, saya ibu yang berkerja, so pada waktu malam saya nak berehat awal untuk bangun awal pulak menyiapkan anak-anak dan lain-lain.

ajar nak tidur awal

Masa masih bayi saya akan tidurkan anak seawal 7.30 malam tetapi semakin membesar anak-anak ni semakin beranjak masa tidurnya. Bukan senang tau nak ajar anak tidur awal ni terutamanya kalau kita mencuba setelah anak-anak dah mula membesar sebab diorang akan cendurung untuk bermain bersama atau menonton tv. Anak-anak saya pun jadual tidur kadang-kadang pandai  beranjak juga lebih-lebih lagi selepas balik bercuti di kampung suami saya di Mempaga, Pahang. Yelah sekali-sekala balik kampung bagi peluang anak-anak beramah mesra dengan sepupu-sepupu dan juga Wan kat kampung kan. So bila balik Sabah memang lari jugak masa tidur.

So kali ni saya share kan rutin yang saya buat untuk atur semula dan ajar anak tidur awal mengikut kebiasaan kami.

7 Langkah Mudah Ajar Anak Tidur Awal

  1. Jika anak mandi awal, pastikan sebelum tidur tukarkan kepada baju yang fresh dan lap badan dengan air serta memberus gigi. Ini untuk pastikan anak dalam keadaan selesa untuk bersedia tidur.
  2. Bancuh susu panas atau minuman panas seperti coklat panas untuk di minum
  3. Pastikan bilik tidur berada dalam keadaan malap dengan menutup lampu dan menggunakan lampu malam.
  4. Suhu dalam bilik dalam lingkungan yang selesa tidak kira guna kipas ataupun penyaman udara.
  5. Jangan letakkan TV dalam bilik/jangan berikan Tab/Ipad/SmartPhone  sebelum tidur.
  6. Duduk/baring bersama anak-anak sambil bercerita/menyanyi/berselawat/berzikir bagi menenangkan anak.
  7. Jika anak-anak cenderung bergurau pastikan anda berada di tengah-tengah agar aktiviti dapat di kawal. atau guna kaedah biasa anda.

Untuk saya ajar anak tidur awal semula selepas jadual kami berubah ni ambil masa jugak. Kadang-kadang boleh sampai seminggu baru boleh biasakan diri. So bagi yang baru bermula anda mungkin memerlukan masa yang lebih lama berbanding saya. Setelah anak-anak biasa teruskan rutin ye agar anak-anak faham dan mudah lena.

Selamat Mencuba !!

Filed Under: Cerita Anak-anak, Parenting, Tips Dan Petua Tagged: anak, mendidik anak, tidur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Cerita Best

  • Panduan Memilih Car Seat : Jenis dan Peringkat
    Panduan Memilih Car Seat : Jenis dan Peringkat
  • Kesan Buruk Herb-Lax Jika Di Amalkan Setiap Hari
    Kesan Buruk Herb-Lax Jika Di Amalkan Setiap Hari
  • Bagaimana Memilih Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Bayi Anda
    Bagaimana Memilih Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Bayi Anda
  • Trip Umrah Bersama Andalusia Travel
    Trip Umrah Bersama Andalusia Travel
  • Resepi Makanan Ibu Berpantang
    Resepi Makanan Ibu Berpantang

Cerita Baru

  • Tips Menghilangkan Sunburn Di Muka
  • Petua Hilangkan Kedut Di Muka
  • YOUTH SKIN CARE – Look Younger Longer
  • BLNC Shaklee : Berkumpulnya Leader Shaklee Se-Malaysia
  • Manfaat Minyak Ikan Untuk Asma Dan Lelah

Selamat Datang

Salam Perkenalan
Terima Kasih kerana sudi singgah di rumah saya.
Anda ada idea atau cadangan topik untuk saya tulis? Atau berminat untuk mengetahui berkenaan BISNES SHAKLEE?
Atau mungkin sekadar ingin mencari sahabat?

Hubungi saya ;
Hidayah A Kassim
Pengedar Shaklee Sabah (Tuaran/KK)
892823
haydanoori@gmail.com
0194794947

Cannot load blog information at this time.

Social

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Theme Design By Studio Mommy · Copyright © 2019