Bulu mata yang cantik,lebat dan lentik adalah idaman setiap wanita kerana ia menambahkan kecantikan wanita. Untuk mendapat bulu mata yang lentik,bermacam kaedah lentikkan bulu mata yang di praktikkan. Diantaranya lentikkan bulu mata dengan penggunaan maskara,penggunakan teknik perming lentikkan bulu mata dan ada yang guna bulu mata palsu untuk mendapatkan hasil yang menawan
Terdapat beberapa cara semulajadi untuk me lentikkan bulu mata disamping melebatkan dan memelihara kecantikan bulu mata. Jom cuba yang ini pula :
1. Tangkai Daun Sirih Dan Lendir Lidah Buaya

Bersihkan tangkai daun sirih dan celupkan pada lendir lidah buaya. Sapukan lendir lidah buaya pada seluruh bulu mata setiap hari sehingga mendapat hasil yang di ingini. Selain dapat lentikkan bulu mata, ia juga melembutkan bulu mata
2. Potong Bulu Mata
Memotong bulu mata sehingga separuh untuk melembutkan dan memanjangkan bulu mata semakin banyak di amalkan sekarang, tapi pastikan anda menggunakan khidmat profesional supaya tidak terpotong terlalu pendek atau pun melukakan mata anda.
3. Minyak Zaitun
Oles minyak zaitun pada bulu mata dalam keadaan melengkung ke atas setiap kali sebelum tidur. setiap kali bangun pagi cuci bulu mata dengan bersih. lakukan secara konsisten anda boleh melihat kesannya seawal tiga minggu

4. Buah Pelaga
Bakar buah pelaga sehingga keluar minyak kemudian asahkan pada batu. Calitkan minyak tesebut menggunakan putik kapas. sapukan pada bulu mata dan lakukannya setiap hari sebelum tidur malam.

Leave a Reply