• Home
  • Breastfeeding
  • Kesihatan
  • Parenting
  • Pregnancy
  • Resepi
  • Tips
  • Shaklee

hidayahkassim.com

Terus Dari Hati ke Hujung Jari

You are here: Home / Tips Dan Petua / Kesihatan / Tips Menjaga Anak Yang Asma Bagi Mengurangkan Risiko Serangan Asma

Tips Menjaga Anak Yang Asma Bagi Mengurangkan Risiko Serangan Asma

June 16, 2015 · Leave a Comment

As salam semua…

Ada tak ada anak asma/lelah? Anak saya dua-dua takde asma TAPI berisiko untuk dapat asma. Macam Jose dulu sebelum umur 2 tahun,memang kami balik-balik pegi klinik. Untuk Jasmine pulak time kecil-kecil ok ja sejak-sejak masuk sekolah ni selang seminggu mesti dia selsema. Bila bawa pegi pakar, memang ada berisiko tinggi. So banyak la benda-benda yang kena pantang supaya nda melarat sampai jadi asma. termasuk la aiskrim,air sejuk,aircond,asap rokok (hmm),coklat dan lain-lain.

Seperti yang kita tau, anak yang asma ini memerlukan perhatian yang lebih kerana serangan asma tidak boleh di jangka. Walaupun belum jadi asma tetap juga ambil tahu awal-awal supaya boleh elakkan.  Kita lihat beberapa tips yang boleh membantu anak yang asma dan lelah.

anak yang asma

Tidak Terlepas Temujanji Dengan Doktor.  

Penyakit asma perlu dipantau untuk memastikan ia dikawal dengan baik dan meneruskan rawatan selanjutnya bila perlu.Walaupun anak anda kelihatan lebih sihat,tidak bermakna dia telah sembuh sepenuhnya.

 

Tidak Menggunakan Ubat Dengan Cara Selain Daripada Yang Di nasihatkan Doktor 

Tidak perlu melihat dan membanding dengan orang lain kerana mereka mungkin mempunyai masalah asma pada tahap yang berbeza.Setiap ubat yang di berikan oleh doktor adalah berdasarkan masalah anak anda.

Di larang sama sekali memberhentikan pengambilan ubat yang di tetapkan tanpa nasihat doktor.

 

Kenal pasti faktor serangan asma 

Faktor-faktor yang biasanya boleh mencetuskan asma adalah seperti asap rokok,habuk,cat serta bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kuching dan lain lain jadinya amat penting untuk kenalpasti apa pencetus untuk anak anda. Sebahagian daripada penghidap asma amat  sensitif dengan persekitaran mereka. Anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan anak yang asma kepada faktor tersebut bagi mengelakkan serangan.

 

Menambahkan aktiviti fizikal anak yang asma

Menghidap asma bukan bermakna anda melimitkan aktiviti fizikal anak anda. Membuat aktiviti fizikal tidak memudaratkan anak anda sekiranya di buat dengan betul dan melaksanakan langkah berjaga-jaga yang sesuai. Parents boleh berbincang dengan doktor bagi mengenalpasti aktviti yang sesuai dan langkah berjaga-jaga yang perlu di ambil.

 

Menyimpan Journal/ Diari Asma

Journal / Diari asma adalah catatan tentang tahap anak yang asma. Semua perkara yang boleh mencetuskan simptom dan juga simptom yang di tunjukkan oleh anak anda perlu di catatkan bagi membantu doktor membuat keputusan.

Tanpa catitan kita mungkin terlupa perkara-perkara kecil yang berlaku. Pastikan catitan di bawa bersama di waktu temujanji doktor.

 

Bersedia Setiap Masa

Menyediakan senarai tindakan yang perlu di buat setiap kali berlaku serangan supaya anda boleh bertindak dengan pantas apabila serangan berlaku. Ini amat penting terutama sekiranya anda sedang bercuti di tempat lain kerana serangan asma boleh berlaku tanpa di jangka.

Sediakan ubat di tempat yang khas dan di ketahui oleh semua ahli keluarga, menyediakan senarai klinik dan hospital yang berhampiran dan nombor telefon kecemasan jika anak di tinggalkan dengan penjaga

Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu menjaga anak yang asma dan saya doakan anak yang asma anda membesar dengan sihat.

 

Apakah Supplement Yang Boleh Membantu ?

 

Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee yang terdiri dari Omega Guard Shaklee, Nutriferon dan Vitamin C Chewable telah banyak membantu pesakit kecil asma. Di antara kelebihan dan testimoni pengguna :

 

Omega Guard Shaklee (Asid lemak Omega-3)

 
Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.Mankalai kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.
 
Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.
 
athma+-mealshake+-omega
 
 
Omega Asthma
 

NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)

 
Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.
 
Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.
 
set-asma-anaktestimoni set kanak2 6
 

Vitamin C Chewable 100mg

 
Badan manusia tidak menyimpan vitamin C, jadi pesakit perlu untuk mendapatkan melalui diet atau makanan tambahan. Vitamin C yang tinggi antioksidan membantu membaiki tisu-tisu badan, meningkatkan sistem imun dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Hasil kajian pengambilan vitamin C mempunyai kesan positif ke atas asma; beberapa kajian mendapati vitamin C membantu menjaga saluran udara terbuka menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland. Sesetengah pesakit telah dilaporkan kurang ‘wheezing’ apabila diet mereka kaya dengan vitamin C
 
testimoni mealshake omega guard dan vit c untuk asma semput
 
vit c 0
 

Berminat nak beli ? hubungi saya

contact

Filed Under: Kesihatan, Parenting, Tips Dan Petua Tagged: asma, lelah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Cerita Best

  • Kesan Buruk Herb-Lax Jika Di Amalkan Setiap Hari
    Kesan Buruk Herb-Lax Jika Di Amalkan Setiap Hari
  • Bagaimana Memilih Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Bayi Anda
    Bagaimana Memilih Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Bayi Anda
  • Panduan Memilih Car Seat : Jenis dan Peringkat
    Panduan Memilih Car Seat : Jenis dan Peringkat
  • Anemia Atau Kurang Darah : Tanda Risiko Dan Cara Penyelesaian
    Anemia Atau Kurang Darah : Tanda Risiko Dan Cara Penyelesaian
  • Trip Umrah Bersama Andalusia Travel
    Trip Umrah Bersama Andalusia Travel

Cerita Baru

  • Tips Menghilangkan Sunburn Di Muka
  • Petua Hilangkan Kedut Di Muka
  • YOUTH SKIN CARE – Look Younger Longer
  • BLNC Shaklee : Berkumpulnya Leader Shaklee Se-Malaysia
  • Manfaat Minyak Ikan Untuk Asma Dan Lelah

Selamat Datang

Salam Perkenalan
Terima Kasih kerana sudi singgah di rumah saya.
Anda ada idea atau cadangan topik untuk saya tulis? Atau berminat untuk mengetahui berkenaan BISNES SHAKLEE?
Atau mungkin sekadar ingin mencari sahabat?

Hubungi saya ;
Hidayah A Kassim
Pengedar Shaklee Sabah (Tuaran/KK)
892823
haydanoori@gmail.com
0194794947

Cannot load blog information at this time.

Social

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Theme Design By Studio Mommy · Copyright © 2018