5 Tips Supaya Tidak Jadi Wanita Botak Di Sebalik Tudung

Di antara perkara yang paling mengganggu hidup seorang wanita terutama yang baru habis berpantang adalah masalah rambut gugur yang kronik. Hampir semua mengalami masalah yang sama termasuk la saya hehe. Dari bujang sampaila da kawin dan lepas bersalin sama ja masalahnya. Sampai satu tahap tu saya memang berambut pendek sepanjang tahun ( 2 3tahun jugak kot hehe) sebab rambut pendek tak yah ikat so kurangla nak gugurkan.

rambut-gugur-2

Time tu memang tension sebab bangun tidur nampak rambut, mandi tengok lantai nampak rambut,pakai baju dan bukak baju nampak rambut. Kiranya di mana-mana pun rambut yang gugur. Bayangkan setiap kali mandi sengenggam melekat di tangan kan.mau tak abis botak kepala sementara tunggu rambut baru nak tumbuh. Kawan saya ni ada masalah yang sama juga, memang mengecewakan rasanya kalau dah buat macam tapi tetap gugur juga.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini…

So since sekarang ni semua boleh google maka saya pun mengGoogle kan apa yang boleh saya buat untuk kurangkan masalah keguguran rambut ni. Alhamdulillah sejak amalkan tips2 ni dan amalkan apa yang kawan sama buat dalam video tu memang kurang dah masalah rambut gugur saya.

5 Tips Elakkan Rambut Gugur Agar Tidak Jadi Wanita Botak

1. Elakkan menyikat rambut di dalam keadaan rambut basah

2. Pastikan anda mengeringkan rambut dengan baik sebelum mengikat rambut dan memakai tudung.

3. Pastikan rambut di cuci sekurang-kurangnya selang sehari bagi memastikan kulit kepala bersih dari kotoran yang boleh menyebabkan rambut gugur

4. Kurangkan pengambilan makanan segera yang mempunyai MSG dan banyakkan mengambil makanan kaya protein dan zinc.

5. Elakkan tabiat menggaru kepala yang tidak gatal dan tabiat mencabut rambut “gatal”

 

Semoga anda mendapat rambut yang cantik sihat dan tebal selepas ini hihi.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge