Road Trip To Miri – Part 2 |Hari Pertama KK – Miri |

Sambungan cerita dari entry sebelum ni Road Trip To Miri, balik kerja 18hb tu terus sibuk la membuat persediaan kemas-kemas bag anak-anak, dokumen2 yang perlu dan apa-apa yang patut termasuk membooking tempat tinggal.

Syukurla ramai kawan-kawan yang suda biasa cross border ke Brunei dan Miri so boleh la tanya-tanya. Anggaran kalau kami keluar dari rumah lepas Subuh dalam jam 6 lebih ke jam 7 pagi tu boleh la sampai ke Miri dalam jam 4-5 petang. So memandangkan cuti CNY risiko hotel-hotel penuh tu agak tinggi  maka booking la siap2. Pengalaman pertama bermalam di Miri so main baca-baca review lepas tu decide pilih Ajang Hotel. Hotel baru lagi so belum ada extra bed maka bantal dan TOTO serta sleeping bag pun termasuk dalam list barang.

Kami bertolak dari rumah dekat jam 7.30 jugak la hehehe biasalah pusing pusing keluar masuk angkat barang angkat budak. Anak-anak dah sarapan siap2 yang mak bapak tahan dulu nanti singgah on the way ja.

Kami memang nda pernah pergi jauh kalau arah ke sana ni paling jauh pun sampai Papar ja hehe. So dengan bantuan GPS dalam kereta tu kami mulakan perjalanan. Jalan sampai Kimanis hakikatnya si Umi suda kelaparan hehehe so kami singgah la makan di satu gerai/restoran. Sorry lupa namanya tapi makanannya boleh tahan jugak, ada juga family lain yang singgah makan sana.

20150219_083023
budak-budak yang kenyang makan sosej 4 ketul dengan nasi lemak
20150219_091950
Ok perut da kenyang jom jalan

 

20150219_101033
beberapa minit kemudian

Lepas makan kami teruskan perjalanan lagi plan tanak banyak kali singgah-singgah sebab takut lambat sampai ke Miri. tapi last-last singgah jugak sekejap di Beaufort stesen Minyak untuk beli air kegemaran si Abah dan segala macam jajan untuk budak-budak termasuk la air feberet Jose dan Jasmine. Oh ya.. kami set GPS ke arah Sindumin sebab set GPS ke MIRI nda boleh calculate pulak nda tau apahal. Di Sindumin adalah perhentian pertama untuk keluarkan passport dan perhatian untuk orang-orang semenanjung yang datang berkerja di Sabah sila jangan tinggalkan dokumen terhad anda yang kaler biru tu hehehehe sebab laki ai punya tinggal hahaha nasib baik pegawai tu lepaskan juga kalau tak free-free patah balik lepas makan sate sipitang hehe. Pastikan juga passport anda di cop bermula dari Sindumin ya sebab ada bukti keluar dari Sabah dan masuk ke Sarawak. Bukan apa takut kena kuiri oleh pihak Imigresen Brunei pulak nanti.

Lepas Sindumin, masuk Lawas tapi kami nda singgah Lawas kami direct terus untuk ke stesen imigresen Brunei yang pertama. Time tu tengahari suda tapi kami lajak ke Limbang untuk makan tengahari sebab kami belum ada tukar duit Brunei. Nda tukar pun nda pa sebenarnya kalau nda plan untuk singgah di Brunei tapi kami tukar jugak sebab saja-saja mau tukar hehehe.

 

 

yeay masuk brunei
yeay masuk brunei

Masuk Brunei kali pertama ni sekejap ja dalam 30-40 minit seja untuk keluar semula ke Sarawak.Kali ni masuk Limbang pulak, setakat ni suda 3 kali cop passport Sabah/Sarawak,Sarawak/Brunei,Brunei/Sarawak. Sampai Limbang kami kunun mau mencari Musbee Cafe tapi kelaparan punya pasal jalan jumpa Sarimah Curry House ka namanya tu,kami singgah jakla makan hehe.. Lepas makan, baru la cari money changer malanganya cuti CNY banyak kedai tutup hahahaha. Syukurla ada juga money changer yang bukak so tukarla rm100 dan dapat Brunei $37. $1 untuk Jose dan $1 untuk Jasmine kenangan kunun keh keh keh. Jam 2 tepat kami bertolak dari Limbang untuk masuk semula border Brunei kali ni untuk tembus ke Miri suda kalau keluar dari Brunei.

 

20150219_135816
Masing-masing excited dapat duit Brunei hehehe

Masuk Brunei kami ikut jalan lain nda masuk Bandar Seri Bongawan sebab target mau sampai awal ke Miri. So lalu jalan kampung2 tu ja. Kami sampai ke border Brunei Miri dalam jam 4 petang gtu dan go straight ke hotel ikut GPS.

20150219_145048

 

20150219_172601
Inilah bilik kami di Hotel Ajang

ok panjang berabis suda rasanya ni so kita sambung part 3 lagi aktiviti kami di Miri iaitu GUA NIAH. Menarik ni rugi kalau nda baca hehehe. penat? memang la penat bila sampai hotel tu rasa macam mau tidur terus..angin pun naik kepala suda hahahaha.. anyway teman baik Shaklee jugak la bikin refresh balik badan bersedia untuk next activity esoknya.

mau tau tips travel tanpa memenatkan ?? Jom tengok

 

 

Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge