Langkah Menyediakan Infusion Drinks

Minuman Infusion (Infused water / infusion drink) yang sangat bagus untuk kurus dan detoks secara semulajadi. Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
infused water
Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makanan. M

 

Cara Menyediakan
Bahan-bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana

 

1 limau gedang ­(potong nipis)

 

1 limau nipis (potong nipis)

 

1 lemon (potong nipis)

 

1 oren (potong nipis)

 

1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais
Air kosong
Cara-caranya:
 1. SEDIAKAN bahan.

 

2. HIRIS nipis semua buah-buahan. Susunkan ke dalam botol.
 
3. CAMPURKAN setengah sudu kecil madu.
 
4. PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais.
 
5. TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh.
 
6. SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. Kemudian…. Nikmatila air yang penuh dengan vitamin c ini sepuasnya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge