Master Coordinator Celebration : Master Aya Chalo

Alhamdulillah… selesai majlis MasCel untuk mama Shaklee ku sahabatku Rohaya Chalo…
Nda sangka kan, pertemuan di FB (walaupun kami satu tempat kerja nda berkenal haha)
akhirnya membawa kami kepada satu persahabatan jenis lain..

Setahun menanti untuk celebration, tiba masanya semua nya terharu,gembira dan macam-macam perasaan ada hehe..
Yang ada kemarin mesti heran kan kenapa la Pollux ni Ratu Air Mata semuanya hahaha
Nasib nda banjir dewan kannn… cengeng2 belaka bah pulak leader Pollux Family ni

POLLUX FAMILY LEADERS

Masih ingat lagi,mula2 Master Aya bukak group FB dan Whatapp, berapa orang jakla kami sana hahaha.. Dan itu la menyebabkan kami rapat. Dulu teda main online2 order ni,closing online segala. Saya dan Aya akan berkejar ke Shaklee KK Branch time lunch untuk ambil stok seminggu dua atau tiga kali ikut keperluan order customer. Kelas-kelas /event di Shaklee KK Branch biasanya di buat waktu malam hari kerja, lepas kerja kelam kabut bersiap sebab kena setel anak2 dulu baru jalan ke Shaklee KK Branch. Masih ingat Sambutan Raya 2013 saya tukar baju di rumah Aya seja hehehe sebab takut lambat sampai .Setiap kali hujung bulan, kami akan berkumpul di branch untuk sama-sama setelkan closing bulan tersebut. Dan selesai closing apalagi mesti sesi makan-makan hehehe..

1ST GEN LEADERS 

Itulah sebenarnya yang merapatkan Master Aya dan anak-anak leader 1st generation ni. Sesama kami yang sidelines ni pun jadi mesra macam betul-betul adik beradik. Kami share segala-galanya bukan semata berkaitan bisnes Shaklee kami tapi semua aspek dalam kehidupan. Bagi kami POLLUX ada family kedua kami, tempat kami mengadu, berkongsi dan bersepakat. Kami cuma berkenalan di FB, bercerita dalam Whatsapp, sebulan sekali berjumpa untuk closing,kadang-kadang terserempak di Shaklee KK Branch. Tapi kemesraan dan keakraban tu macam kami kenal bertahun-tahun lamanya sedangkan kamu cuma bertemu di tahun 2013.

MASTER AYA & MASTER SAMSUL

Me & My Master

Majlis MasCel AyaSam kemarin tu memang menyentuh hati kami sebab mengusik kembali kenangan perit jerih usaha kami dan Master Aya dalam menuju kejayaan yang kami capai hari ini. Sokongan yang tidak pernah putus dari Master Aya dan sideline memang tidak dapat kami sangkal.

Pollux Family (1/10 jak ni heheh)

Kalau orang tanya apa rahsia kami bertahan dalam Shaklee walau apa pun cubaan dan halangan, Saya dengan senang hati  dan bangganya cakap sebab POLLUX FAMILY saya adalah group terbaik untuk saya. Rasanya kalau saya tidak join POLLUX ni, lama suda saya stop dengan pelbagai tohmahan dan cubaan. Tapi POLLUX FAMILY ada sentiada beri sokongan pada kami. Siapa yang sudah menjadi sebahagian dari Pollux Family gunakan la peluang ini sebaik mungkin. Muncul kan diri anda, kenalkan diri anda, jangan bersembunyi sebalik bayang, Sebab di dalam diri setiap orang ada potensi untuk berjaya. Kalau bukan anda sendiri yang keluarkan siapa lagi akan buat untuk anda???

Bikin malu wooo nangis atas pentas sambil di perhatikan lebih 200 orang yang hadir. Tapi memang nda dapat di tahan2 air mata tu..

Anyway… TAHNIAH Mentor ku… Doakan Kami Cepat Mengikut Jejak Langkahmu …

My Inspiration….

My Mentors, Mamaku Aya Chalo, Nenna ku Lin Chalo dan Ainul Yg Comel Nenda ku

Tukang Tukul Dan Tukang Kapak Datang Khas Dari KL 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge